Ketua Pemuda Umno Kepong Dalam Keadaan Kritikal Tetapi Stabil

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, kini dalam keadaan kritikal selepas beliau ditikam oleh dua penyerang di luar rumahnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, insiden itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi selepas mangsa pulang ke rumah daripada menonton perlawanan bola sepak (Arsenal lawan Manchester City) bersama rakan-rakannya di kedai mamak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah beliau di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang di Ampang Jaya.

“Beliau meletakkan kenderaan kira-kira 20 meter dari rumah dua tingkatnya apabila beliau dihampiri oleh dua lelaki yang dipercayai warga Indonesia.

“Kami percaya mangsa diminta untuk menyerahkan semua barang peribadinya tetapi bertindak untuk bergelut dengan penyerang berkenaan. Beliau mengalami kecederaan apabila ditikam di perut dan kedua-dua tangan,” katanya.

Kemungkinan berpunca daripada pergelutan dan jeritan yang dibuat oleh Norizan, penyerang tersebut melarikan diri dengan tangan kosong apabila telefon bimbit dan cincin miliknya dijumpai di atas tanah.

Luka akibat tikaman itu menyebabkan usus kecil terjujur keluar tetapi dalam kesakitan itu, Norizan merangkak-rangkak ke rumahnya dan mengetuk pintu hadapan dan menjerit untuk pertolongan.

Difahamkan bahawa doktor menyifatkan Norizan begitu bertuah kerana tikaman itu tidak merosak mana-mana organ penting beliau.

Norizan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang dan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil.

Tun Hisan berkata, polis sedang menyiasat kes tersebut dari semua sudut termasuk kemungkinan insiden berkenaan bermotifkan dendam.

“Keluarga Norizan memberitahu saya bahawa tingkap dua kereta Norizan telah dipecahkan dalam dua kejadian berasingan sejak beberapa bulan lepas tetapi tiada kecurian berlaku. Kami akan melihat butiran ini sama ada ia mempunyai kaitan dengan insiden ini,” katanya.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa rompakan tetapi mungkin diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh sekiranya mereka menemui petunjuk baru.

Anak perempuan sulung beliau daripada tiga beradik, Amalina Norizan, 19, berkata, beliau dikejutkan dengan jeritan bapanya.

“Apabila saya meluru keluar, saya melihat bapa saya di luar rumah di atas tanah berlumuran dengan darah dan berada dalam keadaan antara sedar dan tidak sedar.

“Saya menjerit meminta tolong dan jiran menelefon polis dan ambulans,” katanya.

Jiran, Abdul Wahab Karim, 52, ahli perniagaan, berkata dia mendengar bunyi bising dan dan bunyi sebuah motosikal selepas terdengar Norizan menjerit meminta tolong.

Isteri beliau, Datin Roslinda Kamaruddin dalam lingkuangan 30an dalam keadaan sedih sewaktu ditemui di rumah mereka dan berharap suaminya akan sembuh sepenuh dan meminta semua parti untuk menghormati privasi mereka dalam keadaan sukar itu.

Sementara itu, pemandu Norizan, Al-Najib Abu Bakar, 30an, berkata majikannya telah memberitahunya pada Ahad bahawa sejak beberapa malam setiap kali Norizan pulang ke rumah kira-kira antara pukul 2 dan 3 pagi, beliau mendapati sekurang-kurangnya tiga lelaki yang mencurigakan di jalan rumahnya.

“Mungkin lelaki-lelaki ini bertanggungjawab dalam serangan ke atas Norizan. Lelaki yang dicurigai ini mungkin telah memerhatikan pergerakan beliau sejak beberapa hari,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan