Calon Pilihan Raya Kampus Perlu Perluas Pengetahuan Semasa - Razali

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim menyarankan calon Pilihan Raya Kampus di seluruh negara supaya memperluas pengetahuan am selain memahami isu semasa.

Beliau berkata pengetahuan yang meluas, antara lain, boleh membantu mereka membuat perancangan yang dapat memanfaatkan pelajar dan menjadikan universiti mereka lebih berdaya saing.

"Mereka bukan sahaja perlu tahu tentang bidang yang dipelajari, sebaliknya perlu mengikuti dan mendalami pengetahuan semasa dalam usaha menjadi pemimpin pelajar yang berkualiti," katanya kepada Bernama selepas menjadi panel Bual Bicara Mahasiswa 2: Pilihan Raya Kampus, Mahasiswa dan Aspirasi Universiti di Kolej Tun Syed Nasir 1, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam Ahad.

Turut menjadi panel ialah Pensyarah Sains Politik UKM Profesor Madya Dr Samsu Adabi dan Pensyarah Undang-undang UKM Profesor Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal.

Razali berkata langkah itu juga boleh mempertingkat tahap pemikiran calon, termasuk mahasiswa secara khususnya, supaya berfikiran matang dalam membuat sebarang keputusan.

Beliau juga berharap golongan mahasiswa dapat melihat Pilihan Raya Kampus menerusi perspektif yang lebih meluas iaitu bukan sekadar menjadi pemimpin dan mengundi, malah sebagai platform untuk mendukung hasrat kerajaan membangunkan negara.

"Saya mahu mereka lihat pilihan raya kampus ini dalam bentuk berbeza yang melangkaui pemikiran lama," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan