Aspirasi Mahasiswa Yakin Menang Besar Dalam Pilihan Raya Esok

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon Pro-Aspirasi yakin mampu menang besar pada pilihan raya kampus di 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dijadualkan berlangsung pada Selasa.

Jurucakap kumpulan Pro-Aspirasi (Aspirasi Mahasiswa), Mohd Hafiz Ariffin berkata kemenangan lima kampus lalu membuktikan petanda baik kepada Aspirasi menawan 15 kampus lain.

"Jentera Aspirasi sudah bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya esok (Selasa), kami melihat peluang-peluang cerah yang memihak kepada Aspirasi.

"Daripada maklum balas pemimpin-pemimpin pelajar di beberapa universiti menampakkan reaksi positif untuk pelajar-pelajar menyebelahi Aspirasi berbanding pro-Mahasiswa (Pro-M)," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Bagaimanapun, Mohd Hafiz enggan meramal kemenangan Aspirasi di antara 15 institusi tersebut.

"Saya tidak mahu meramal kemenangan kami, bagi saya kesemua pimimpin sudah memberikan yang terbaik kepada pelajar.

"Kini masanya untuk pelajar menilai kepimpinan mereka dan membuat pilihan untuk masa depan mereka," katanya yang berharap pelajar membuat pilihan terbaik melalui kredibiliti pemimpin tersebut.

Dalam pada itu, Hafiz tidak menolak kegiatan meraih undi simpati pada saat-saat akhir akan dilakukan oleh pihak Pro-M.

"Melalui pengalaman sebelum ini kami sudah bersedia menghadapi kemungkinan terutamanya kegiatan raih undi simpati pada saat-saat akhir.

"Saya meminta pelajar jangan mudah terpedaya dengan drama-drama daripada pihak Pro-M," katanya.

Beliau juga berharap Aspirasi akan terus mengekalkan kepimpinan mahasisawa dan secara tidak langsung terus memperjuangkan suara mahasiswa.

Terdahulu pada Khamis lalu, lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), UTHM, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan