Sultan Johor Rasmi Legoland Malaysia - Berita Semasa | mStar

Sultan Johor Rasmi Legoland Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat replika legoland bandaraya Johor Baharu pada majlis perasmian Taman Tema Legoland Malaysia Nusajaya, Johor di sini malam Sabtu.-Foto BERNAMA
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat replika legoland bandaraya Johor Baharu pada majlis perasmian Taman Tema Legoland Malaysia Nusajaya, Johor di sini malam Sabtu.-Foto BERNAMA

NUSAJAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim malam Sabtu merasmikan Taman Tema Legoland Malaysia, di sini, yang merupakan taman tema pertama seumpanya di Asia.

Perasmian itu dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api selama kira-kira 15 minit dengan hadirin menyaksikannya dalam bentuk tiga dimensi (3D) menggunakan cermin mata khas.

Turut berangkat ke majlis itu permaisuri Sultan Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Dr Jamilah Arifin, Pengurus Besar Legoland Malaysia Siegfried Boerst, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kerajaan.

Terdahulu, Sultan Ibrahim pada majlis itu turut berkenan menerima potret wajah baginda yang dihasilkan menggunakan kepingan logo yang menggunakan 12,600 kepingan logo dan disiapkan dalam tempoh 50 jam oleh pekerja taman tema berkenaan. Taman tema Legoland Malaysia bernilai RM720 juta dan yang keenam di dunia itu dibuka 15 September lepas.

Taman seluas 31 hektar yang menawarkan 40 permainan, pertunjukan dan pameran yang menampilkan blok mainan Denmark itu, akan menjadi satu daripada tarikan utama Iskandar Malaysia, sebuah zon ekonomi khusus yang bersempadan dengan Singapura.

Kira-kira 30 juta blok Lego diguna untuk membina tarikan di taman tema itu. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan