Suaram Perlu Telus Terhadap Dakwaan Terima Dana Asing - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Suara Rakyat Malaysia (Suaram) perlu telus dalam mendedahkan dana asing yang mereka peroleh sepertimana kerajaan telus terhadap semua dakwaan mereka sebelum ini.

Beliau berkata dalam isu berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa pihak Suaram kononnya berlaku penyelewengan, kerajaan begitu telus mendedahkan pelbagai dokumen dan menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan termasuk di Parlimen.

"Suaram sebenarnya dilihat memperjuangkan agenda luar dalam usaha memburukkan nama baik negara serta kedaulatan negara ini. "Jika dana yang diperoleh mereka adalah dari luar, maka sudah tentulah mereka sebenarnya membawa agenda luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Raub di sini, Sabtu.

"Sekiranya kerajaan telus dalam menjawab dakwaan pihak Suaram, kenapa mereka kini tidak telus apabila mereka diminta menjelaskan dana asing yang diterima dari luar?," katanya. Beliau berkata apa yang jelas kini ialah Suaram membawa agenda luar dalam memburukkan nama baik Malaysia dan kedaulatan Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu bercakap mengenai Umno, Ahmad yang Zahid berkata seluruh jentera Umno perlu memberi perhatian khusus kepada generasi x dan y pada pilihan raya umum ke-13 kerana golongan itu dilihat bakal memainkan peranan besar hala tuju kepimpinan negara.

Naib Presiden Umno itu berkata 42 peratus pengundi pada pilihan raya umum yang dilihat paling getir itu nanti terdiri di kalangan mereka yang berumur 21 hingga 40 tahun.

"Pengundi berusia 21 hingga 30 tahun atau generasi y ini meliputi 19 peratus jumlah pengundi, manakala 31 hingga 40 tahun atau generasi x ini berjumlah 23 peratus daripada jumlah pengundi," katanya.

Turut hadir ketua Umno bahagian Raub Datuk Shahiruddin Ab Moin dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pahang Datuk Abu Jimi Samad. Beliau berkata Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini juga meminta semua jentera Umno memberikan fokus mendapatkan sokongan daripada generasi muda ini.

"Malangnya, mengikut laporan kira-kira 6,000 permohonan daripada golongan muda untuk menjadi ahli Umno telah ditolak.

"Justeru itu, MT Umno mengambil keputusan bahawa sekiranya permohonan untuk menjadi ahli Umno tidak disahkan dalam tempoh 60 hari, mereka yang memohon menjadi ahli itu secara automatik menjadi ahli selepas tempoh berkenaan," katanya.

Beliau berkata semua kepimpinan di peringkat cawangan atau bahagian perlu sedar bahawa sekiranya mereka yang ditolak untuk menjadi ahli Umno, pastinya akan memilih parti lain termasuk pembangkang untuk aktif berpolitik.

"Umno bukannya ekslufif tapi inklusif untuk orang Melayu," katanya.

Beliau berkata golongan muda perlu terus diberi kesedaran bahawa Umno adalah parti yang memperjuangkan survival orang Melayu dan agama Islam di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan