Penjara Pokok Sena Cari Waris Tuntut Mayat Banduan

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Penjara Pokok Sena ingin menghubungi waris seorang banduan, Wai Kee Heng yang meninggal dunia di Hospital Alor Setar, pada 3.30 petang, 10 Sept lalu.

Penolong Pegawai Rekod Penjara Pokok Sena, Inspektor Md Fadzil Razali berkata mayat Wai, 56, kini disimpan di Rumah Mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

"Kami berusaha mencari warisnya, Wai Chow Keow termasuk meminta bantuan polis mengesan lelaki itu di alamat nombor 42, tepi sungai Sabak Bernam, Selangor, iaitu alamat sama digunakan Wai," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Bagaimanapun, Md Fadzil berkata waris si mati gagal dikesan kerana tempat tinggalnya telah berubah akibat pembangunan.

Menurut beliau, Wai yang memegang kad pengenalan lama bernombor 5094020 bekerja sebagai seorang nelayan diberkas atas kesalahan dadah di Kuala Sepetang, Perak dan dijatuhi hukuman penjara mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, sejak 2 Julai lalu.

Mereka yang mempunyai maklumat atau mengenali waris si mati diminta menghubungi Penjara Pokok Sena di talian 04-7825555 sambungan 1140.BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan