Kerajaan New South Wales Cabar Hukuman Parol Kepada Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Kerajaan negeri New South Wales (NSW) mencabar keputusan memberi parol kepada rakyat Malaysia, Liew Chiew Seng yang membunuh pakar bedah jantung Dr Victor Chang.

Liew diberi parol minggu lepas, 21 tahun selepas dipenjara kerana menembak mati Dr Chang dalam satu cubaan memeras ugut berdekatan rumah mangsa di pinggir bandar Mosman, utara Sydney.

Liew, 69, yang menderita penyakit Parkinson dan demensia, dijangka dibebaskan dari penjara selepas 3 Oktober dan dijangka dihantar pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, Ahad lalu, Peguam Negara NSW Greg Smith mengumumkan kerajaan akan memohon kepada Mahkamah Agung untuk menyemak semula keputusan Pihak Berkuasa Parol negeri membebaskannya.

"Saya menerima nasihat perundangan bahawa semakan kehakiman berhubung keputusan pihak berkuasa adalah wajar," kata Smith dalam satu kenyataan.

"Pembunuh ini tidak boleh dikawal selia oleh pihak berkuasa Australia sebaik dia dihantar pulang, dan tidak ada cara untuk menguatkuasa syarat parol di Malaysia," katanya.

"Saya percaya ia bukan demi kepentingan awam untuk membebaskannya apabila dia hanya menjalani hukuman satu tahun daripada enam tahun tempoh parol," kata Smith. Beliau berkata Mahkamah Agung akan diminta untuk mempertimbang isu itu sebagai satu perkara segera.

Rakannya yang terlibat dalam pembunuhan itu, Phillip Lim Choon Tee, dihantar pulang ke Malaysia pada 2010 setelah menjalani hukuman penjara 18 tahun daripada hukuman maksimum 24 tahun yang dikenakan terhadapnya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan