Umno Perlu Tampil Nyatakan Bantahan Isu Sensitif - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Pemimpin Umno terutama di peringkat bahagian perlu lebih berani untuk tampil bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) membuat bantahan terhadap sebarang isu berbangkit yang menyentuh sensitiviti dalam soal bangsa, agama dan negara.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun NGO selalunya dilihat lebih ke hadapan dalam menyatakan bantahan atau sokongan terhadap sesuatu isu, Umno juga perlu tampil di barisan hadapan agar tidak dilihat "layu dan lesu" dalam menyatakan pendirian.

"Walaupun kita tahu ada sebahagian pemimpin NGO ini merupakan pemimpin Umno, tetapi Umno sebagai sebuah parti politik perlu dilihat dan dinampakkan untuk berada di barisan hadapan bagi menjuarai isu seumpama ini.

"Jangan biarkan NGO bersendirian, lantas rakyat akan bertanya ke mana perginya Umno dan pemimpinnya dalam memperjuangkan isu yang membabitkan kepentingan sejagat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Pilah di sini, Sabtu.

Katanya, apabila sesuatu isu dibangkitkan seperti isu memijak Jalur Gemilang baru-baru ini, semua pemimpin di peringkat bahagian termasuk anggota biasa parti perlu bersama tampil ke hadapan dalam menyatakan bantahan secara terbuka.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata , ia bagi menyatakan kepada rakyat bahawa parti itu sentiasa memperjuang hak dan kepentingan rakyat dan negara.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa sebarang pendirian ataupun demonstrasi yang dilakukan untuk membantah sesuatu isu berbangkit itu hendaklah mengikut undang-undang sedia ada.

"Apapun ia harus dilakukan secara aman dan hendaklah mengikut Akta Perhimpuan Aman yang ditetapkan dan bantahan atau demonstrasi hanya perlu dijalankan apabila ia melibatkan isu tertentu yang besar dan penting," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah Datuk Ismail Lasim dan Timbalannya Datuk Hasan Malek yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan