Tiada Pengaruh Politik Dalam Pakatan Rakyat Untuk Bentuk Kerajaan Persekutuan - Tunku Aziz

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengaruh politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang kerana mereka tidak boleh mencapai persetujuan mengenai pelbagai isu dasar, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

"Di kalangan mereka (DAP, PAS dan PKR) tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Ini apa yang disifatkan sebagai perkahwinan untuk kesenangan. Mereka pasti akan bercerai.

"Namun (buat masa ini), mereka takut untuk berbuat demikian kerana berkongsi matlamat sama iaitu untuk menawan Putrajaya," katanya dalam ceramah di dewan komuniti Leong See Kah Miew, malam Jumaat.

Beliau berucap buat pertama kalinya di Pulau Pinang selepas meninggalkan DAP pada Mei lalu.

Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International itu turut menyentuh situasi politik di Pulau Pinang.

Beliau berkata, walaupun sekiranya Pakatan menang, ia hanyalah hasil yang sia-sia kerana mereka hanya memutuskan jawatan menteri selepas menawan Putrajaya dan ia mungkin sudah terlalu lewat.

"Kini, mereka tidak boleh memutuskan sesama sendiri mengenai kewujudan kabinet bayangan," katanya.

Mengulas mengenai situasi di Pulau Pinang, beliau berkata, ketika negari itu berkembang dalam tempoh empat tahun lalu, ia dibangunkan kerana mempunyai sejarah lebih 200 tahun dan bukan kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Sebaliknya, nenek moyang anda yang membina kejayaan ini," katanya.

Menurut beliau, Lim merupakan seorang ahli politik yang 'terjun' ke Pulau Pinang kerana tidak berkemampuan di Melaka.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan