PRU Serentak Boleh Jimat Wang Pembayar Cukai - Karpal

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pilihan raya serentak, negeri dan parlimen, dapat menjimatkan banyak wang pembayar cukai, kata pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh.

"Pada pandangan saya, pilihan raya harus diadakan pada penghujung penggal lima tahun," kata beliau.

Karpal Singh mengulas mengenai pilihan raya bagi dewan undangan negeri Selangor yang dicadangkan diadakan berasingan dari pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor tidak dapat mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya kebangsaan kerana menurutnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) belum membersihkan daftar pemilih bagi Selangor.

Karpal Singh berkata rakyat mengundi kerajaan untuk tempoh lima tahun, oleh itu ekspektasi itu perlu dipenuhi.

"Memang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengambil alih kedudukan itu daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mahukan mandat baru rakyat, tetapi itu boleh dilakukan dengan memenuhi penggal lima tahun," kata Karpal Singh.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubar parlimen dan mengadakan pilihan raya. Jika tidak parlimen akan bubar dengan sendirinya pada 29 April dan SPR wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan