Program Tajaan Haji 1MDB Ditawar Tanpa Mengira Parti Politik - Jamil Khir

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Program tajaan haji 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memberi peluang kepada 400 imam dan ketua kampung serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk musim ini ditawarkan tanpa mengira parti politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata peluang itu diberi secara adil dan sama rata kepada kelompok imam, ketua kampung serta pengerusi JKKK kerana mereka dilihat sebagai pihak yang sentiasa berhadapan dengan masyarakat. "Kami tak meletakkan parti (politik sebagai syarat). Kami meletakkan syaratnya adalah imam, ketua kampung dan pengerusi JKKK, jadi pemilihan adalah berdasarkan jawatan," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan majlis pelepasan jemaah haji 1MDB di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Sabtu.

Jamil Khir berkata penajaan haji itu dilihat sebagai penghormatan yang tinggi untuk golongan terbabit yang merupakan penggerak kepada masyarakat, dan ia merupakan salah satu cara bagi menghargai sumbangan mereka.

Seramai 400 jemaah itu bersama 47 jemaah lain berlepas melalui pesawat MH8010 pada 12.30 tengah hari tadi dan dijangka tiba di Madinah pada pukul 4.30 petang waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia).

Jamil Khir berkata sehingga kini 19 penerbangan haji dari Malaysia telah berlepas ke Madinah, yang melibatkan lebih 6,400 jemaah.

Beliau berkata jemaah terbabit akan mula memasuki Makkah pada Selasa.

Sementara itu, seorang daripada peserta program tajaan haji 1MDB itu Mohd Amin Kader, 64, berkata beliau berasa bertuah kerana terpilih menyertai program itu.

Ketua Kampung Tali Air 13, Sungai Nipah, Selangor itu berkata walaupun mempunyai simpanan Tabung Haji sendiri, beliau diberitahu perlu menunggu kira-kira 20 tahun lagi sebelum terpilih untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Imam 2 Masjid Annur Saujana Utama, Selangor, Mohammad Radzi Mohd Zin, 41, pula berharap agar program itu dapat diteruskan untuk membantu lebih ramai umat Islam di negara ini menunaikan haji.

"Saya bersyukur dapat menjadi tetamu Allah dan mudah-mudahan memperoleh kesihatan yang baik dan haji yang mabrur," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan