PM Sifatkan Johor 'Kawasan Tadahan Pelaburan' Yang Bawa Keuntungan Kepada Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Johor sebagai 'kawasan tadahan pelaburan' dengan kemasukan pelaburan-pelaburan besar yang membawa keuntungan kepada rakyat keseluruhannya.

Berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan berkelompok Umno bahagian Johor Baharu, Kota Tinggi, Kulai dan Tanjong Piai, di sini, Najib membayangkan akan mengumumkan lagi pelaburan-pelaburan lain di Johor yang lebih besar jumlahnya tidak lama lagi.

"Banyak lagi nasib orang Johor. Saya tidak boleh umum lagi tetapi ia pelaburan besar. "Bukan kecil (pelaburan)...hebat tu...Legoland hendak buka malam ini...pelaburan baru ini lebih besar dari pelaburan di Studio Pinewood," katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, pada Sabtu.

Najib berkata pelaburan terbaru itu kelak merupakan satu rahmat daripada Allah S.W.T kepada rakyat negeri ini yang sekaligus melambangkan kejayaan kerajaan yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Antara pelaburan terbesar yang dibangunkan di Johor ialah projek pembangunan berimpak tinggi Iskandar Malaysia dan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) bernilai RM60 bilion oleh syarikat minyak negara, Petronas, di Pengerang dekat Kota Tinggi.

Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada November 2006 di kawasan seluas 2,217 kilometer direkodkan menerima pelaburan terkumpul daripada pelabur tempatan dan asing sebanyak RM95.45 bilion sehingga Jun lepas.

Beberapa projek dibangunkan di kawasan berkenaan, antaranya Studio Pinewood, Legoland Malaysia, Cruyff Court Iskandar, Johor Premium Outlet, kampus Newcastle University Medicine dan kampus University of Southampton.

Rapid pula, apabila pembinaannya siap pada 2016 akan muncul sebagai kompleks penapisan minyak dan petrokimia terbesar di Asia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan