Memorandum Bantah Filem Anti Islam Diserah Kepada Kedutaan AS - Nasruddin

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nasruddin (tengah) mengetuai perarakan ke Kedutaan AS.
Nasruddin (tengah) mengetuai perarakan ke Kedutaan AS.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS pada Jumaat telah menyerahkan memorandum bagi membantah penerbitan filem anti Islam, Innocence of Muslims kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, filem berkenaan disifatkan sebagai satu provokasi melampau yang mencetuskan kemarahan dan huru-hara di seluruh dunia.

"Sebab itu kita minta Kerajaan Amerika memulihkan hubungan baik antara umat Islam dengan dunia Barat seperti yang pernah dijanjikan oleh Barack Obama (Presiden AS) sebelum ini, dengan menghentikan sebarang bentuk penerbitan filem, lukisan, karikatur atau apa juga aksi yang menghina nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

"Ini kerana kami umat Islam juga sangat tegas, tidak sesekali menghina agama lain," katanya kepada pemberita di luar Kedutaan AS di sini.

Memorandum itu hanya diserahkan kepada wakil ketua keselamatan Kedutaan AS pada kira-kira pukul 2.40 petang.

Seramai enam wakil yang menghantar memorandum berkenaan iaitu Nasruddin, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Himpun, Mohd Azmi Abd Hamid.

Nasruddin berkata, pihaknya berharap agar memorandum itu sampai kepada pihak berwajib khususnya Kerajaan AS.

"Desakan kita adalah supaya Kerajaan Amerika mengambil tindakan tegas kepada pengarah dan penerbit filem ini.

"Ia bukan pertama kali. Sampai bila penghinaan seperti ini mahu berhenti? Kami berharap ia adalah kali yang terakhir dan jangan persendakan umat Islam dan Nabi Muhammad S.A.W kerana ia akan menjadi satu provokasi yang akan mencetuskan kekecohan di seluruh dunia," katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah pula berkata, beliau bersama-sama solidariti dalam perhimpunan bagi menuntut tindakan keras diambil oleh Kerajaan AS berhubung penghinaan itu.

"Dan kami berhimpun secara aman, ribuan rakyat Malaysia tidak mengira agama. Ini penting setiap kali kami berhimpun di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat untuk suatu perkara yang penting.

"Kami hadir untuk memperjuangkan umat Islam untuk terus dihormati kepercayaannya, sama juga seperti semua agama lain mendapat penghormatan sebaik mungkin," katanya.

Menurut Nurul Izzah, beliau bersama yang lain mengecam penghinaan itu sekeras-kerasnya dan tidak mahu isu tersebut melarat dan memburukkan lagi keadaan.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS pada Jumaat berlangsung secara aman sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak.

Dianggarkan lebih 5,000 peserta berhimpun dan kesemua mereka mulai bersurai secara aman pada pukul 3.20 petang.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan