Kejayaan Aspirasi Mahasiswa Menang Di 5 Universiti Kerana Utamakan Suara Mahasiswa Bukan Suara Parti Politik

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejayaan Aspirasi Mahasiswa menguasai lima kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 pada Khamis membuktikan mahasiswa lebih mengutamakan kepimpinan berkredibiliti dan memperjuangkan suara mahasiswa.

Jurucakap Aspirasi Mahasiswa, Mohd Hafiz Ariffin berkata, kemenangan itu juga membuktikan mahasiswa menolak sentimen politik yang cuba dibangkitkan oleh pro-Mahasiswa (Pro-M).

"Barisan kepimpinan yang berkarisma dan berkredibiliti amat penting bagi memastikan setiap kebajikan mahasiswa terpelihara.

"Ia suatu pencapaian membanggakan hasil usaha keras kumpulan Aspirasi yang bertungkus-lumus memperjuangkan suara mahasiswa selama ini.

"Malah, kejayaan itu menunjukkan mahasiswa menolak kepimpinan jalanan yang dilihat mempunyai agenda tertentu untuk menggugat keharmonian di dalam kampus," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Mohd Hafiz berkata, manifesto Aspirasi Mahasiswa yang lebih dekat di hati para pelajar turut menjadi kayu pengukur sebenar keupayaan barisan kepimpinan kumpulan tersebut dalam memperjuangkan kebajikan mereka.

Katanya, kumpulan tersebut yang membawa motto ‘Wadah Penggerak Mahasiswa’ memperjuangkan lima perkara pada pemilihan kali ini.

Ia merangkumi kecemerlangan akademik, mengutamakan kebajikan, pembangunan sahsiah dan meningkatkan kebolehpasaran kerja di kalangan mahasiswa serta memastikan infrastruktur yang lengkap dan kondusif di universiti.

"Manifesto itu lahir hasil penelitian analitikal golongan mahasiswa itu sendiri. Kita mengambil kira semua aspek terutamanya kos sara hidup mahasiswa yang tinggi terutamanya di kawasan bandar," katanya.

Jelas beliau, mahasiswa aspirasi berjaya memperjuangkan isu-isu mahasiswa secara diplomasi dan berhemah.

“Hasil perjuangan itu, Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia dan Baucar Buku 1 Malaysia diperkenalkan bagi mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa di kampus,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hafiz turut yakin peluang Aspirasi Mahasiswa untuk mencapai kemenangan besar di 15 IPTA lagi Selasa depan adalah cerah.

"Insyallah, kita akan turut mengecapi kejayaan yang sama di 15 universiti lagi. Saya pasti golongan mahasiswa menolak sentimen buruk yang cuba dicetuskan pihak tertentu.

"Mahasiswa kini lebih bijak dan matang dalam membuat keputusan. Hanya barisan kepimpinan yang mampu merealisasikan inspirasi mereka tanpa dipengaruhi ideologi kepartian luar kampus akan dipilih," katanya.

Beliau juga berharap pilihan raya kampus di 15 universiti lain itu akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan segelintir pihak yang menganggap kemenangan di lima universiti itu adalah di kalangan universiti kecil, Mohd Hafiz berkata, fakta itu cuba diputar-belitkan oleh mereka yang cetek pemikiran.

"Tiada apa perlu dipertikaikan. Kita ada statistik yang menunjukkan bilangan mahasiswa keluar mengundi pada kali ini lebih ramai.

"Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sendiri, 75 peratus iaitu kira-kira 11,000 pelajar menunaikan kewajipan mereka keluar mengundi," katanya.

Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), UTHM, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan