Jakim Harap RUU Perubatan Tradisional Turut Masukkan Perubatan Islam

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) berharap Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari, yang akan dibaca buat kali kedua pada persidangan Parlimen bermula minggu depan, turut mengambil kira soal perubatan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim bersetuju agar perubatan Islam turut dimasukkan dalam rang undang-undang terbabit, sepertimana perubatan tradisional Melayu, Cina dan India.

"Bagaimanapun soal teknikal akan difikirkan oleh pihak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan majlis pelepasan jemaah haji 1MDB di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini Sabtu.

Rang undang-undang yang dibaca buat kali pertama di Parlimen Jun lalu itu hanya menyenaraikan perubatan tradisional Melayu seperti urutan, herba dan rawatan selepas bersalin, perubatan tradisional Cina seperti akupuntur, moxibustion dan Qi Gong serta perubatan tradisional India iaitu ayurveda, siddha dan yoga.

Kaedah perubatan Islam tidak turut disenaraikan kerana dikatakan tiada bukti saintifik dalam perubatan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan