Jakim Harap Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional Turut Masukkan Perubatan Islam

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) berharap Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari, yang akan dibaca buat kali kedua pada persidangan Parlimen bermula minggu depan, turut mengambil kira soal perubatan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim bersetuju agar perubatan Islam turut dimasukkan dalam rang undang-undang terbabit, sepertimana perubatan tradisional Melayu, Cina dan India.

"Bagaimanapun soal teknikal akan difikirkan oleh pihak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan majlis pelepasan jemaah haji 1MDB di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, Sabtu.

Rang undang-undang yang dibaca buat kali pertama di Parlimen Jun lalu itu hanya menyenaraikan perubatan tradisional Melayu seperti urutan, herba dan rawatan selepas bersalin, perubatan tradisional Cina seperti akupuntur, moxibustion dan Qi Gong serta perubatan tradisional India iaitu ayurveda, siddha dan yoga.

Kaedah perubatan Islam tidak turut disenaraikan kerana dikatakan tiada bukti saintifik dalam perubatan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan