Belanjawan 2013 Diharap Mesra Rakyat - Tun Mahathir

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri hujung bulan ini diharap mesra rakyat dan menyenangkan semua pihak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata walaupun beliau tidak mengetahui isi kandungan belanjawan berkenaan, namun yakin ia pasti tidak akan membebankan rakyat.

"Saya fikir belanjawan ini mestilah satu belanjawan yang senang untuk rakyat, boleh membantu rakyat, tak menjadi beban kepada rakyat. Memandangkan pilihan raya akan datang, kena mesra rakyat.

"Tapi kalau naik cukai rokok dengan arak tak apalah, yang lain jangan naikla," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ekonomi Negara di Dewan Perhimpunan Cina dekat sini Sabtu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tindakan sepatutnya diambil terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoal bantahan umat Islam terhadap filem kontroversi 'Innocence of Muslims'.

Dr Mahathir berkata pemimpin DAP itu tidak seharusnya sengaja membangkitkan kemarahan orang Islam kerana DAP juga mahukan sokongan mereka.

Ditanya adakah tindakan itu menunjukkan bahawa DAP tidak menghormati perjuangan PAS, beliau berkata: "DAP dengan PAS tak boleh (bersatu), macam kucing dengan anjing, dia nanti berperang. Tambah, kalau ada dalam kerajaan hari-hari dok cakap (bertikam lidah)". - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan