20 Anggota DAP Pantai Remis Keluar Parti, Sokong BN

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERUAS: Seramai 20 anggota DAP di Taman Bintang, Pantai Remis di sini, Sabtu mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka berkata langkah menyokong BN itu dibuat apabila DAP tidak mengotakan segala janji yang ditabur selama ini.

Seorang daripada mereka yang keluar parti, S. Ravee, 39, berkata beliau mengambil keputusan untuk keluar DAP kerana parti itu tidak menunaikan segala janji untuk membantu penduduk di kawasan itu. "Mereka juga janji untuk bagi kami satu ekar (0.4 hektar) tanah untuk kami bina rumah atau untuk buat projek tanaman selepas kami isi borang berharga RM60 tapi sampai sekarang janji itu tidak ditunaikan," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.

Pada majlis itu, anggota DAP yang keluar parti bertindak memotong kad keahlian parti itu sebagai simbolik tindakan mereka menyertai BN.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Beruas Datuk Azhar Ahmad berkata rakyat di kawasan itu mula sedar akan kesungguhan BN dalam membantu rakyat.

Beliau juga yakin BN dapat menawan semula Parlimen Beruas pada pilihan raya umum ke-13. Pada pilihan raya umum lepas kawasan Parlimen itu dimenangi Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham manakala kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dimenangi Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan