Telefon Mudah Alih Dan Komputer Senarai Aduan Tertinggi Kepada NCCC

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aduan mengenai barangan teknologi maklumat (IT), elektrik dan elektronik merupakan senarai kes paling tinggi yang dilaporkan oleh pengguna kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna (NCCC) pada tahun lepas.

Menerusi Laporan Tahunan Aduan Pengguna 2011, NCCC berkata, lebih 52 peratus daripada 9,349 aduan diterima mengenai produk pengguna di mana ia berkaitan dengan tiga produk berkenaan.

“Telefon mudah alih dan kompuyer merupakan senarai aduan produk yang paling tinggi diterima. Jenis aduan yang paling relevan adalah berkaitan dengan prestasi dan kualiti produk, diikuti dengan kualiti perkhidmatan,” kata pusat itu.

“Daripada 9,349 aduan yang diterima, 4.7 peratus kes diajukan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna,” kata laporan itu.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa aduan mengenai perabot juga mencatatkan rekod tertinggi dengan 1,852 kes.

“Pertikaian utama adalah berkaitan dengan kualiti produk yang dibeli seperti sofa kulit yang mengelupas, kerusi dan meja rosak di mana ia melibatkan isu keselamatan,” tambah laporan itu lagi.

NCCC mengesyorkan supaya satu Akta berkaitan dengan jaminan yang jelas di mana perjanjian dengan semua barangan yang dijual perlu digubal bagi memperbaiki kualiti produk dan perkhidmatan.

Ia juga mencatatkan peningakatan bilangan aduan yang diterima oleh pusat itu pada tahun lepas dengan jumlah kerugian melebihi RM33 juta.

Terdapat sejumlah 40,637 aduan, meningkat 18 peratus berbanding tahun 2010.

Selain barangan elektrik, elektronik dan IT, beberapa kes turut direkodkan berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan dan bekalan tenaga dan elektrik.

Pengerusi NCCC, Datuk Marimuthu Nadason memberitahu pada sidang media semasa majlis pelancaran laporan itu pada Khamis bahawa bilangan aduan yang paling tinggi dari segi kerugian adalah sektor automotif iaitu sejumlah RM13,967 juta.

Menurut laporan itu, NCCC menerima 5,292 aduan terhadap sektor itu.

Sejumlah 8,181 aduan turut dilaporkan berhubung penyedia perkhidmatan telekomunikasi, yang kebanyakannya melibatkan tawaran mengenai pelan dan caj tersembunyi.

Marimuthu menggesa para pengguna supaya lebih agresif terhadap aduan bagi memberi tekanan kepada syarikat untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan mereka.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan