Tabung Haji Wujud Hospital Sementara Di Madinah

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Tabung Haji menyewa sebuah pangsapuri di sini bagi mewujudkan sebuah hospital sementara dengan dilengkapi 24 buah katil serta unit farmasi dan kemudahan fisioterapi.

Pengarah Operasi Perubatan Madinah Dr Wan Mansor Hamzah, yang mengetuai operasi hospital itu berkata seramai 17 orang doktor, termasuk pakar bidang pernafasan, ditempatkan di hospital itu dengan dibantu 50 orang jururawat.

Hospital itu yang terletak kira-kira 2 kilometer dari hotel penginapan jemaah haji Malaysia, beroperasi sejak 13 Sept lepas, katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat lawatan ke hospital itu di sini Jumaat.

Katanya hospital itu telahpun mempunyai dua pesakit iaitu Ahmad A. Rahman, 76, yang dimasukkan ke hospital kerana kakinya dijangkiti kuman dan Halimah Abd Manap, 72, yang mengalami masalah sesak nafas semasa dalam penerbangan ke Arab Saudi.

Dr Wan Mansor berkata bagaimanapun untuk sakit yang serius, sehingga memerlukan penjagaan yang lebih rapi termasuk pembedahan, jemaah haji Malaysia akan dihantar ke hospital milik kerajaan Arab Saudi dengan semua bayaran ditanggung oleh Tabung Haji.

Tabung Haji juga turut menyediakan dua klinik bagi pesakit luar di Hotel Al Haram dan Hotel Movenpick di sini.

Beliau turut mengingatkan jemaah haji supaya sentiasa menjaga kesihatan mereka dengan memastikan sentiasa mengambil ubat walaupun mereka sibuk mengerjakan ibadah haji, serta makan mengikut waktu.

"Cuaca di Tanah Suci sekarang ini sangat panas dan kering, jemaah harus berhati-hati supaya tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana ini menyebabkan mereka boleh terkena renjatan panas. Mereka juga patut banyak minum air untuk mengelakkan badan kehilangan cecair," katanya.

Katanya setiap kali musim haji, penyakit yang kerap menyerang jemaah haji Malaysia yang rata-rata berusia 60 tahun ke atas ialah jangkitan saluran pernafasan serta radang paru-paru, dan risiko ini bertambah besar jika individu terbabit mempunyai sakit asma dan seorang perokok.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan