Protes Filem Hina Nabi: Pemuda Umno Adakan Himpunan Berasingan Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah penerbitan filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini pada Jumaat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perhimpunan itu akan turut disertai lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas solat Jumaat di majis berkenaan.

"Saya dan Dewan Pemuda PAS memutuskan untuk mengadakan perhimpunan secara berasingan demi memastikan keadaan terkawal serta mementingkan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Walaupun kami ada solidariti bersama dengan Dewan Pemuda PAS berhubung perhimpunan ini tetapi kami risau keadaan akan menjadi tegang apabila bertembung," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Khairy berkata, perhimpunan oleh Dewan Pemuda PAS yang diketuai oleh ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini.

Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau berkata, perhimpunan oleh Dewan Pemuda PAS yang diketuai oleh ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Jalan Tun Razak di sini.

“Sebagai pemimpin, saya dan Nasruddin menjamin keselamatan, keamanan dan sebagainya tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku. Lebih-lebih lagi ia adalah perhimpunan yang berkait dengan agama, apa-apa sahaja boleh berlaku.

“Maka kami buat keputusan bahawa walaupun kami bersoladariti esok (Jumaat) tetapi Dewan Pemuda PAS akan membuat perhimpunan di Kedutaan Amerika Syarikat dan kami akan meneruskan perhimpunan di Masjid Jamek, Kampung Baru.

“Hasrat sama, niat yang sama, itu yang kita mahu tunjukkan. Kami amat memahami sentimen dalam demo perasaan dan demonstrasi, dan ada banyak perkara yang kita tidak dapat kawal,” katanya.

Khairy menambah, selepas berbincang dengan Nasruddin, beliau merujuk pada Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan apa sahaja yang dilakukan pada Jumaat adalah selamat dan tidak menganggu ketenteraman awam.

Beliau turut mendapat nasihat daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa lebih baik memisahkan peserta dalam dua perhimpunan yang berasingan.

“Kita tidak mahu hantar mesej yang salah kepada masyarakat dunia sekiranya kedua-dua pihak bertembung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, apa sahaja juga berlaku akan membawa mesej yang negatif.

“Ini bukan soal kita tidak bersatu kerana saya dan Nasruddin bersatu hati dalam bantahan ini dan kita telah berbincang soal logistik dan ini adalah keputusan kami berdua,” katanya.

Mengenai perhimpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Umno, Khairy menganggarkan jumlah mereka yang hadir kira-kira 5,000 orang.

Antara NGO yang akan terlibat ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Perkida), Belia 4B, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Turut serta adalah parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP).

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan