Peralatan Logistik PDRM Untuk PRU-13 Lengkap

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersiap sedia dalam semua bidang termasuk kemudahan logistik bagi menghadapi dan melancarkan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah membuat persiapan logistik dalam pelbagai sudut termasuk barangan keperluan dan kenderaan peronda sejak tahun lepas bagi menghadapi PRU13.

"Kelengkapan telah kita sediakan sejak tahun lepas dan saya percaya jika kerajaan umum mahu bubar Parlimen dalam tempoh terdekat, PDRM tiada masalah kerana kita memang telah bersiap sedia.

"Antara kelengkapan yang telah disiapakan ialah kamera, perakam video, alat sistem komunikAsi digital dan kenderaan peronda polis bagi melicinkAn lagi tugasan sepanjang PRU13 nanti," katanya selepas merasmikan High Profile Policing di kawasan perumahan Taman Free School di sini Jumaat.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi itu, Zulkilfi menyerahkan bantuan keperluan asas kepada penduduk kurang berkemampuan di kawasan berkenaan.

Selain itu, Zulkifli berkata pihaknya juga akan pergi ke setiap negeri bagi melihat kelengkapan serta kemudahan pihak polis untuk menjalankan tugas seharian mereka dan memastikan modal insan PDRM berada pada tahap yang tinggi.

"Kita bukan turun semata-mata melihat kelengkapan, malah kita juga akan berjumpa dengan anggota dan pegawai bagi mendengar masalah mereka agar dapat memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.

Sementara itu, Zulkifli berharap kerajaan akan mengumumkan belanjawan khusus kepada PDRM seperti tahun-tahun sebelum ini agar ia dapat digunakan bagi meningkatkan kualiti kerja anggota dan pegawai polis.

"Kita faham dan sedar kerajaan memang sensitif serta prihatin kepada polis, jadi saya percaya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pasti mengumumkan bajet khusus untuk PDRM," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan