Ngeh Akhirnya Mohon Maaf Kepada Masyarakat Islam

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham akhirnya pada Khamis menarik balik dan memohon maaf kepada masyarakat Islam kerana mengeluarkan kenyataan di laman twitternya yang mempersoalkan tindakan yang diambil oleh umat Islam membantah filem 'Innocence Of Muslims' yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad dan Islam.

"Saya menarik balik dan memohon maaf kepada orang Islam yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam laman twitter kerana saya tidak bermaksud sedemikian (menghina Islam)," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam laman twitternya, Ngeh didakwa mempersoalkan rancangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan protes terhadap klip video itu, dan merumuskan sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga mengenai isu itu.

Filem bajet rendah YouTube itu yang diarahkan Sam Bacile dari California, mengambarkan Nabi Muhammad dalam keadaan yang hina dan telah mencetuskan protes ganas di seluruh negara Islam.

Ngeh berkata, dalam konteks protes ganas di seluruh dunia dan banyak demonstrasi akan diadakan, beliau menimbulkan soalan "Adakah umat Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga mengenai perkara itu?.

"Saya tertanya-tanya jika terlalu banyak masa dan tenaga dihabiskan sebagai tindak balas terhadap klip video selama 13.5 minit itu yang dihasilkan oleh seorang lelaki gila bernama Sam Bacile.

"Saya mahu masyarakat berfikir lebih mendalam dengan mengambil kira cara kita berdepan kepada apa-apa provokasi atau isu yang dihadapi kita. Saya telah diajar dan sentiasa menekankan kepada golongan muda supaya jangan bertindak balas tetapi sentiasa memberi respons," katanya.

Ngeh berkata, beliau mengutuk keras video dan pengarah filem terbabit yang memperkecilkan kepercayaan/agama orang lain dan mengulangi pendirian yang diambil oleh DAP mengenai isu itu.

"Saya benar-benar menyokong hak seseorang untuk mengadakan demonstrasi aman. Selama 23 tahun saya terlibat secara aktif dalam politik, saya telah menganjurkan pelbagai demonstrasi di Perak," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan