Malaysia Perlu 'Politik Baharu' Untuk Kecapi Demokrasi Progresif - Saifuddin

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia memerlukan "Politik Baharu" untuk menjadikannya sebuah negara yang lebih baik.

Katanya pendekatan baharu terhadap politik akan merintis jalan ke arah terbentuknya satu budaya politik yang mampu melahirkan amalan demokrasi yang "lebih sihat, bersih, matang dan progresif".

Beliau berkata demikian ketika berucap pada seminar "Pembangunan Modal Insan" anjuran Kelab Umno Melbourne di sini pada Khamis yang dihadiri lebih 200 pelajar, ahli akademik dan Konsul Besar Malaysia di sini Dr Mohd Rameez Yahaya.

Saifuddin berkata "Politik Baharu", yang merangkumi empat bidang itu, bertujuan membawa "amalan politik kita ke tahap lebih tinggi".

Beliau bagaimanapun berkata perkara itu tidak mungkin dapat dicapai tanpa wujudnya integriti politik.

"Politik perlu didasari oleh idealisme, aktivisme dan intelektualisme, bukan kepentingan peribadi atau kepentingan yang tersembunyi.

"Kita patut amalkan politik keilmuan, politik kebijaksanaan dan politik perkhidmatan," katanya.

Saifuddin berkata bidang kedua ialah rangka kerja baharu berkaitan tadbir urus.

"Bidang ini mempunyai tiga sektor, di mana negara, perniagaan dan masyarakat sivil berganding bahu dalam satu ikatan kerjasama tulen melalui proses dan struktur penggubalan keputusan bagi setiap bidang pembangunan negara dan di setiap peringkat dari peringkat akar umbi hinggalah ke Putrajaya," katanya.

Saifuddin merujuk bidang ketiga sebagai "inovasi dalam demokrasi".

"Kita perlu wujudkan platform dan pendekatan baharu untuk meningkatkan penyertaan orang ramai dalam membuat sesuatu keputusan," katanya.

"Ini termasuk menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun, pendaftaran pengundi secara automatik, mengadakan pilihan raya majlis tempatan dan pembaharuan Dewan Negara," katanya.

Beliau berkata bidang keempat ialah pemikiran politik yang bersifat progresif.

"Kita memerlukan lebih banyak buah fikiran dan pemikiran secara mendalam dalam membuat sesuatu keputusan.

"Kita perlu cari idea dan program baharu untuk melahirkan sebuah masyarakat lebih baik, yang berasaskan kepercayaan kepada tuhan, budaya ilmu, tamadun, pertumbuhan dan keadilan ekonomi, keterangkuman sosial dan pembangunan lestari," katanya.

Saifuddin mengingatkan peserta seminar itu bahawa walaupun kebanyakan anak muda inginkan perubahan dalam semua aspek kehidupan, tetapi mereka perlu melakukan perubahan mengikut proses yang sewajarnya.

Ucapan beliau serta sesi soal jawab yang diadakan kemudiannya mendapat sambutan baik dan mengagumkan para hadirin hingga mendorong seorang daripada mereka berkata beliau sepatutnya menjadi perdana menteri.

"Cita-cita saya tidak lah sampai setinggi itu," kata Saifuddin, yang jelas mengecewakan mereka.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pula memberitahu para pelajar bahawa bukanlah menjadi kesalahan bagi mereka yang tinggal di luar negara untuk bergaul dengan orang bukan Islam dan menyertai mereka dalam menyambut sesuatu perayaan.

Katanya mereka boleh menghadiri majlis sambutan perayaan agama lain seperti Krismas, Deepavali dan Tahun Baru China asalkan mereka mematuhi hukum halal dan haram. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan