Kuota Tambahan Jemaah Haji Malaysia Tidak Diluluskan Arab Saudi - Jamil Khir

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia termasuk dalam senarai 40 negara yang tidak mendapat tambahan kuota haji daripada kerajaan Arab Saudi bagi tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Jumaat.

Beliau berkata kegagalan mendapatkan penambahan kuota itu disebabkan keputusan kerajaan Arab Saudi yang menetapkan hanya satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara dibenar menunaikan ibadah haji.

"Semua negara diberi kuota sebanyak satu peratus daripada jumlah penduduk bagi setiap negara... Kita ada 28 juta orang rakyat bermakna kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan seramai 28,000 orang jemaah sahaja daripada negara kita," katanya pada sidang media selepas menutup Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil ke-22, di sini.

Katanya Malaysia memohon penambahan kuota sebanyak 10,000 memandangkan jumlah yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat haji kini mencecah 982,000 orang.

Pada 12 September lalu, Tabung Haji menghantar surat rasmi buat kali kedua kepada kerajaan Arab Saudi bagi memohon tambahan kuota sebanyak 10,000 orang jemaah haji Malaysia untuk tahun ini.

Mengenai persidangan itu, Jamil Khir berkata perbincangan bertumpu kepada usaha menaik taraf mahkamah syariah.

"Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil melalui persidangan ini akan mengemukakan kertas kerja kepada setiap ketua agama negeri sebelum mendapat perkenan Majlis Raja-Raja bagi menubuhkan satu Suruhanjaya Khas dalam memperkasakan bidang penguatkuasaan mahkamah syariah.

"Kita berusaha untuk menjadikan mahkamah syariah di negara ini mempunyai lima tingkat perundangan iaitu mahkamah rendah, mahkamah pertengahan, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan majlis rayuan syariah," katanya.

Pada majlis sama, Jamil Khir melancarkan Buku Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil (1998-2011) yang bertujuan memberi kefahaman kepada masyarakat Islam di negara ini berhubung prosedur undang-undang Islam di Malaysia.

Terdahulu, pada sidang media berbeza, Jamil Khir menyarankan agar bahagian penyelarasan undang-undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia membantu jabatan dan majlis agama Islam negeri memperkemas bahagian pendakwaan dan penguatkuasaan masing-masing.

Katanya langkah itu dilihat perlu dalam mempertingkatkan ketelusan terutama bersabit kes yang dibawa ke mahkamah syariah.

Jamil Khir turut memuji langkah yang dibuat Terengganu kerana meletakkan dua unit berkenaan di bawah pengawalan berasingan.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan