Kronologi Himpunan Xpresi Hijau Kasih Nabi Dewan Pemuda PAS

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi Himpunan Xpresi Hijau Kasih Nabi S.A.W. bagi membantah filem anti Islam, Innocence of Muslims anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini pada Jumaat.

3.20 petang: Para peserta yang terlibat dalam perhimpunan secara aman mulai bersurai.

3.02 petang: Peserta memijak dan membakar sehelai kain rentang yang menggabungkan imej bendera AS dan Israel.

3 petang: Perhimpunan masih berlangsung secara aman.

2.50 petang: Sidang media oleh Nasruddin, Nurul Izzah, Azmi dan Tian Chua di hadapan Kedutaan AS.

2.40 petang: Kesemua wakil keluar semula dari Kedutaan AS dan berbincang sesuatu.

Memorandum sudah diserahkan kepada wakil Kedutaan AS dan sedang menunggu surat pengesahan penerimaan memorandum.

2.30 petang: Nasruddin bersama lima lagi wakil iaitu Salahuddin Ayub, Tian Chua dan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Azmi (Pengerusi Teras) masuk ke dalam Kedutaan AS.

2.25 petang: Dianggarkan lebih 5,000 peserta himpunan di sepanjang Jalan Tun Razak bagi membuat demo bantahan filem anti Islam di Kedutaan AS.

2.20 petang: Peserta perhimpunan kini sudah berada di Jalan Tun Razak menghala Jalan Ampang, berhadapan dengan Kedutaan AS.

Polis masih mengawal keadaan di tengah-tengah Jalan Tun Razak.

2.15 petang: Perarakan diteruskan. Peserta bersorak "Bangkit Islam" dan "Islamiah".

Jalan Tun Razak kedua-dua hala ditutup untuk kenderaan.

Kedua-dua hala jalan dipenuhi oleh para penyokong PAS, berjalan menghala ke Kedutaan AS.

Polis berbaris panjang di hadapan Kedutaan AS bagi mengawal keadaan perhimpunan.

2.07 petang: Sebuah lori yang membawa pemimpin Dewan Pemuda PAS bergerak perlahan di laluan berlawan arah di Jalan Tun Razak menuju Kedutaan AS.

2.05 petang: Para peserta mula berarak ke Kedutaan AS.

2 petang: Para peserta sudah mula membanjiri Jalan Tun Razak menghala ke persimpangan Jalan Ampang dekat Ampang Park.

1.55 petang: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi memberi ucapan ringkas kepada para penyokong di luar Tabung Haji.

Beliau menegaskan tujuan himpunan untuk menyuarakan perasaan terhadap tindakan penghinaan ke atas Nabi dan Islam.

Beliau turut mengatakan ia adalah satu perhimpunan aman dan akan menjelaskan objektif apabila tiba di Kedutaan AS.

1.50 petang: Selesai solat Jumaat di masjid Tabung Haji. Kelihatan ramai penyokong PAS melaungkan sorakan takbir "Allahuakhbar" dan "Hidup Islam".

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan