Kronologi Himpunan Aman Bantah Filem Anti-Islam Anjuran Pemuda Umno

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi Himpunan Aman bagi membantah penyiaran filem Anti-Islam, Innocence of Muslims dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W anjuran Pemuda Umno bertempat di Majid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Jumaat.

2.40 petang: Himpunan Aman bantah filem anti-Islam berakhir dalam keadaan aman.

1.50 petang: Ahli Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam mula berucap dengan mengajak peserta Himpuna Aman, bertakbir, Allahuakbar.

1.47 petang: Solat Jumaat selesai. Orang ramai dan peserta Himpunan Aman mula berkumpul di hadapan masjid.

1.40 petang: Ruangan dalam dan perkarangan serta jalan raya di hadapan masjid dipenuhi dengan orang ramai dan peserta Himpunan Aman yang menunaikan solat Jumaat.

Orang ramai dan peserta Himpunan Aman mula menunaikan solat Jumaat di masjid.

1.16 petang: Orang ramai dan peserta Himpunan Aman menurunkan tandatangan sebagai tanda bantahan terhadap penyiaran filem anti-Islam, 'Innoncence of Muslims' pada kain rentang yang diikat pada pagar masjid.

1.15 petang: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim tiba di masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan menyertai Himpunan Aman bantah Filem-Anti Islam selepas itu.

1.05 petang: Orang ramai mula membanjiri perkarangan masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan menyertai Himpunan Aman anjuran Pemuda Umno.

Turut kelihatan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang siap sedia mengawal keadaan.

Pemuda Umno turut membawa tiga van bergerak bagi memudahkan urusan untuk memasang sepanduk, dan sistem pembesar suara bagi demonstrasi aman berkenaan.

1 tengah hari: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip tiba di perkarangan masjid.

12.45 tengah hari: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Nordin tiba di masjid untuk turut serta dalam Himpunan Aman anjuran Pemuda Umno.

12.55 tengah hari: Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid tiba di Masjid Jamek, Kampung Baru.

12 tengahari: Orang ramai mula membanjiri masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

11.30 pagi: Pihak pengurusan masjid menutup laluan masuk ke masjid bagi memudahkan jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

11.20 pagi: Kelihatan anggota polis berpakaian seragam dan biasa sedang melakukan rondaan di kawasan masjid bagi memastikan keselamatan terkawal dan ketenteraman awam terjamin.

11 pagi: Peserta mula tiba di Masjid Jamek, Kampung Baru secara berperingkat. Ada di antara mereka ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perhimpunan itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan