Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ditukar Nama Baru

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Kabinet pada Rabu lepas meluluskan penjenamaan semula Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Beranang, Selangor sebagai Institut Perindustrian Mara-Jepun (MJII).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan perkara itu berkata ia satu inisiatif yang akan memberi manfaat kepada negara.

"Saya yakin penjenamaan semula ini dapat membantu kita untuk lebih fokus dalam meningkatkan kerjasama dengan kerajaan dan syarikat-syarikat Jepun, termasuk yang berada di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat.

Mohd Shafie kini sedang berada di Jepun untuk lawatan kerja lima hari.

Beliau berkata, jumlah pelaburan antara Malaysia dan Jepun dalam bidang pendidikan dianggarkan berjumlah kira-kira RM880 juta.

Mohd Shafie menarik perhatian bahawa kira-kira 900 pelajar tajaan Mara kini sedang melanjutkan pengajian mereka di Jepun di peringkat ijazah dalam bidang perindustrian.

Mereka ditempatkan di 15 buah universiti tersohor Jepun yang mempunyai hubungan kerjasama dengan Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Beliau turut mengunjungi Presiden Organisation for Industrial Spiritual and Cultural Advancement (OISCA) International Datuk Yoshiko Nakano dan selepas itu disusuli perbincangan dengan wakil universiti swasta dari seluruh Jepun di sebuah hotel di sini.

Antara perkara yang disentuh dalam kedua-dua perjumpaan itu ialah usaha untuk membangunkan masyarakat luar bandar selain inisiatif menarik penyertaan universiti swasta untuk bekerjasama dengan YPM.

"Tadi saya bincang tentang industri fesyen. Kita sedar sektor ini mempunyai perolehan yang boleh menjangkau berbilion dolar. Tapi ini bergantung kepada dasar dan pendekatan negara kita," katanya.

Turut hadir dalam sesi itu ialah Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan