Gempa Sederhana Di Sumatera

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan selatan Sumatera, Indonesia awal pagi Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, gempa berlaku pukul 4.47 pagi dan berpusat di 141 km dari barat laut Siberut, Indonesia dan 458 km barat daya Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tidak ada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan