Belanjawan & PRU Bakal Hangatkan Sidang Parlimen Kali Ini

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai Isnin ini dijangka menjadi tumpuan umum bukan sahaja kerana pembentangan Belanjawan 2013, tetapi juga bagi membaca tarikh pilihan raya umum ke-13.

Spekulasi bahawa ini mesyuarat terakhir kembali hangat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berseloroh menyatakan sudah teringin mengumumkan pilihan raya ketika melawat Machang, Kelantan awal bulan ini.

(Mesyuarat yang bermula Isnin ini merupakan mesyuarat ketiga penggal kelima dan lazimnya Parlimen bersidang sebanyak empat kali pada setiap penggal).

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mandat kerajaan yang ada sekarang akan tamat pada 28 April 2013, dan menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Parlimen akan terbubar secara automatik jika Yang di-Pertuan Agong tidak membubarkannya sebelum tarikh itu.

"Selepas itu SPR diberi tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum bagi membentuk kerajaan baharu. Perkara sama terpakai untuk dewan undangan negeri kecuali Sarawak," katanya.

Mesyuarat kali ini akan berlangsung selama 34 hari hingga 27 November dan pastinya spekulasi pilihan raya umum menjuruskan mata rakyat kepada Belanjawan 2013 yang akan dibentang Najib pada Jumaat ini.

Rakyat secara keseluruhan pasti menunggu apakah 'khabar gembira' untuk mereka terutama pada aspek kenaikan harga barang, manakala bagi 1.4 juta penjawat awam pula ternanti-nanti pengumuman penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia.

Pada Mei lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan 1 dilapor menjanjikan Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee yakin mesyuarat kali ini lebih hangat daripada kebiasaan.

Wakil rakyat yang yakin kali ini mesyuarat terakhir sebelum Parlimen bubar, akan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mengemukakan isu masing-masing dan, katanya.

"Speaker akan sentiasa didesak untuk memberi mereka lebih masa berdebat," katanya.

Persidangan kali ini juga akan menyaksikan perubahan tempat duduk anggota Dewan Rakyat membabitkan Anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan Anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Pada Julai lepas, Lajim mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) serta menyatakan sokongan kepada pembangkang.

Beliau bagaimanapun tidak keluar parti.

Susulan itu, kerajaan pusat membatalkan jawatan Lajim selaku Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Bumburing yang merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) pula mengumumkan keluar dari Upko yang merupakan parti komponen BN.

Berdasarkan carta pada laman sesawang Parlimen, kedua-dua wakil rakyat itu diletakkan berhampiran petak anggota parlimen Bebas.

Menurut pegawai penasihat undang-undang di Parlimen, kedudukan sebenar kedua-dua wakil rakyat tersebut akan ditentukan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin selepas beliau berpuas hati dengan kedudukan mereka dalam parti yang disertai sebelum ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan