Tiada Kenyataan Rasmi Haram Loket Beradioaktif

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LEMBAGA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menafikan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman pemakaian beberapa loket yang mengandungi radiokatif semula jadi.

Setiausaha Eksekutifnya Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman barang itu seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 5 September lalu.

Terdahulu, akhbar menyiarkan kenyataan Presiden CAP S.M. Mohamed Idris yang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penjualan loket radioaktif oleh sebuah syarikat jualan langsung yang dikatakan mempunyai paras radiasi melebihi tahap dibenarkan.

"LEMBAGA, sebagai pihak berkuasa di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 sedang meneliti perkara ini dengan lebih lanjut bagi menjamin keselamatan orang awam sebelum membuat keputusan muktamad," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang andaian terhadap perkara ini dan bagi sesiapa yang berhasrat menggunakan loket itu, mereka hendaklah merujuk pihak pengeluar terlebih dahulu untuk tatacara pemakaiannya sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan pihaknya kelak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan