Surat Palsu Konon Dari PM, UIAM Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Khamis membuat laporan polis berhubung penyebaran sepucuk surat palsu yang kononnya ditulis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

Majlis itu dalam satu kenyataan pada Khamis berkata pihaknya memandang berat perbuatan pembohongan itu dan telah membuat laporan di Balai Polis Gombak pada pukul 9 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, surat palsu berkenaan telah disebarkan dalam kampus dan juga dimuat naik di sesetengah laman blog.

"Pihak universiti ingin menegaskan bahawa pihak Rektor tidak pernah sama sekali menerima surat tersebut daripada Perdana Menteri Malaysia, selaku Presiden Umno.

"Pihak Majlis Syura UIAM menyangkal tohmahan tersebut dan beranggapan bahawa kandungan surat tersebut berunsur fitnah dan satu pembohongan serius yang mempunyai niat jahat," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pihak majlis syura yakin pembohongan tersebut dilakukan oleh sesetengah pihak yang terdesak, tidak beretika dan mempunyai kaitan dengan pihak pembangkang.

"Ia bertujuan untuk mengeruhkan suasana harmonis dan kedamaian yang wujud dan dikecapi seluruh warga kampus UIAM menjelang pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 25 September ini," tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu memberi amaran bahawa tindakan drastik yang berbentuk disiplin dan perundangan jenayah akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyiar, mengedar surat tersebut atau mana-mana individu yang memuat naik surat itu di laman web masing-masing atau di laman blog tertentu.

"Pihak Majlis Syura UIAM sedang menyiasat kes ini dengan penuh teliti termasuk menonton semula rakaman pita tv kawalan keselamatan dan akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan