S'gor Belum Putuskan Pilihan Raya DUN Berasingan Atau Serentak PRU13

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran Parlimen oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perancangan untuk membuat pilihan raya DUN berasingan atau serentak dengan PRU-13 merupakan strategi kerajaan negeri namun ini bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU-13.

"Kita tak tahu tarikh pilihan raya yang sebenar...ini adalah jawapan kepada spekulasi, ada baiknya pilihan raya berasingan dan ada baiknya pilihan raya di buat secara bersama...perbincangan ini berdasarkan spekulasi (berhubung tarikh pilihan raya) dan strategi bagaimana kita mahu menghadapinya," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengumumkan pendiriannya bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan negeri-negeri lain pada PRU-13.

Anwar, yang juga anggota Parlimen Kepala Batas turut menjangkakan PRU-13 diadakan November berpandukan isyarat yang semakin jelas ditunjukkan oleh Perdana Menteri.

Abdul Khalid berkata: "Kita tengoklah pada strategi, ada baiknya kita buat pilihan raya berasingan...namun ikutlah pada keperluan...jika pilihan raya di buat pada 8 Mac tahun depan, tidak bolehlah kita nak buat pilihan raya berasingan.

"Apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanyalah strategi pilihan raya bagi pihak kita...sebab orang bertanya (berhubung pilihan raya berasingan) kepada dia...jadi dia pun jawablah," katanya.

Abdul Khalid berkata sebab utama kerajaan negeri belum membuat keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) secara serentak atau tidak adalah kerana pihaknya mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.

"Sehingga kini, kita dapati hampir 50,000 orang pengundi masih belum dapat dikenal pasti status mereka di Selangor ini dan kita akan menggunakan pelbagai cara untuk mencari dan mengenal pasti kewujudan pengundi ini," kata Menteri Besar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan