Setiausaha Politik Menteri MITI Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Dr Azmi Setapa
Datuk Dr Azmi Setapa

PETALING JAYA: Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamed, Datuk Dr Azmi Setapa,52, meninggal dunia pada pagi Khamis di Kuala Lumpur.

Beliau pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri, Ayer Lanas pada pilihan raya umum 2008.

Anak jati Kelantan ini pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1984, sebelum melanjutkan pengajiannya ke Universiti Glasgow, Scotland (1986) dan Universiti Exeter, England (1993).

Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Utara Malaysia pada 1994, seterusnya Pengarah Ekonomi di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan (NCCIM) pada 1995 dan Pengarah Eksekutif di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Cawangan Kuala Lumpur) pada 1996.

Semasa bertugas sebagai Ketua Bahagian Kajian Dasar di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) beliau dilantik oleh Mustapa yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk menjadi Perunding Kumpulan Globalisasi dan Agenda Melayu di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada tahun 2005.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan