PRU-13 Bukan November Kerana... - Berita Semasa | mStar

PRU-13 Bukan November Kerana...

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi bayangan baru bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak mungkin akan diadakan pada November ini walaupun ramai yang membuat spekulasi sedemikian.

Ini kerana katanya, Perhimpunan Agung Umno telah ditetapkan dan dijadualkan dari 27 November hingga 1 Disember.

"Jika PRU-13 hendak diadakan dalam bulan November, sudah semestinya Perhimpunan Agung Umno juga akan ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, di Menara Datuk Onn, di sini, Khamis.

Najib yang juga presiden Umno berkata, jika benar PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat, sudah semestinya beliau akan menangguhkan terlebih dahulu Perhimpunan Agung Umno pada tahun ini.

"Tapi ikut suka kitalah mahu buat PRU-13 bila sekalipun," ujarnya berseloroh kepada para pemberita.

Sebaliknya beliau berkata, semua pihak berhak membuat spekulasi berhubung tarikh PRU-13.

"PRU-13 akan tetap diadakan. Mengenai tarikh, ia terletak kepada saya untuk tetapkan bila ia akan berlangsung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib menambah, pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Umno akan turut ditangguhkan sehingga selesai PRU-13.

"Pemilihan tertinggi parti akan ditangguhkan sehingga kita selesai PRU-13...itu pasti," katanya lagi.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan