Proses Pilihan Raya Kampus Di Lima IPTA Berjalan Lancar - Berita Semasa | mStar

Proses Pilihan Raya Kampus Di Lima IPTA Berjalan Lancar

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Proses pilihan raya kampus yang sedang berlangsung di lima institut pengajian tinggi awam (IPTA) pada Khamis berjalan lancar.

Menurut sumber dari bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti, keadaan di kelima-lima universiti tersebut terkawal dan bebas daripada sebarang provokasi.

Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Jelas sumber itu lagi, setakat pukul 1.30 petang tadi, kira-kira 50 peratus pelajar-pelajar di UTHM telah keluar mengundi bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013.

"Di empat lagi universiti, proses undian sedang berjalan sebelum ia ditutup kira-kira pukul 4 petang nanti," katanya.

Sumber itu berkata, keputusan akan diumumkan seawal pukul 4.30 petang.

Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya pada Selasa minggu depan.

Antaranya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan