PM Tak Pernah Keluarkan Surat Sokongan Lantik TNC UIAM Untuk Pastikan Kemenangan Pro Aspirasi

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan surat sokongan pelantikan Prof Madya Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)bagi menjamin kemenangan pihak Pro Aspirasi dalam Pilihan Raya Kampus 25 September ini.

Najib menegaskan ada pihak tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan surat palsu dengan menggunakan nama dan tandatangan beliau atas kapasitinya sebagai presiden Umno dan ia dialamatkan kepada Rektor UIAM, Prof Dr Zaleha Kamaruddin menggunakan kepala surat Umno.

Beliau menyifatkan penyebaran surat itu sebagai tindakan terdesak pihak tertentu untuk menyebar fitnah dan menghasut pelajar agar membenci kerajaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya malah tidak pernah mengeluarkan surat atas nama presiden Umno.

"Perkara ini boleh disahkan dengan pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Datuk Onn di sini, Khamis.

Sebelum ini sebuah blog mendedahkan penyebaran surat yang didakwa ditandatangani oleh Najib dalam meluluskan pelantikan Datuk Prof Mizan Hitam bagi menggantikan Prof Nik Ahmad Kamal Mahmood sebagai timbalan rektor hal ehwal pelajar UIAM berkuat kuasa serta merta bagi membawa kejayaan kepada Pro Aspirasi dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan