MB S'gor Patut Minta Maaf ...

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya meminta maaf kepada rakyat negerinya sendiri di atas kegagalannya memastikan negeri itu ditadbir berdasarkan Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan yang didapati tiada dalam isu kutipan semula hutang Talam Corporation Bhd.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata laporan firma audit KPMG dalam isu hutang Talam, dilihat telah digunakan sebagai 'alat perhubungan awam' dan sehingga hari ini, tidak dijelaskan sama ada laporan itu berbentuk audit, pemeriksaan semula atau sekadar khidmat nasihat.

"Saya tidak perlu mengingatkan kerajaan pakatan rakyat Selangor bahawa di Malaysia pernah berlaku kes di mana ada syarikat yang diluluskan akaunnya oleh juruaudit tetapi selepas itu akaun tersebut didapati bermasalah dan syarikat terpaksa menanggung akibatnya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau juga mempersoalkan sama ada kerajaan Selangor menggunakan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) atau penilai swasta apabila mereka mentaksir sesuatu aset kerana norma untuk kerajaan negeri ialah menggunakan penilaian JPPH. Chua berkata, dalam isu kutipan hutang Talam melibatkan tanah di Bukit Beruntung 2, JPPH telah mentaksirkannya pada harga RM113 juta tetapi kerajaan Selangor membelinya pada harga RM345 juta.

"Jumlah itu adalah RM232 juta lebih tinggi daripada harga penilaian yang dibuat JPPH. Wang rakyat telah digunakan. Oleh itu perlu ada akauntabiliti," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, persoalan berapakah harga penilaian negeri melalui JPPH berbanding dengan harga yang dibayar oleh kerajaan negeri bagi setiap aset yang diterima dan dibeli dalam penyelesaian hutang Talam, masih belum terjawab.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan