Malaysia Perlukan Lebih 12,000 Jurutera Dalam Bidang Solar Menjelang 2020

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Malaysia memerlukan 12,600 jurutera solar dalam bidang elektrik dan elektronik menjelang 2020, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Khamis.

Beliau berkata ini bagi memastikan hasrat negara untuk muncul sebagai pengeluar sel solar ketiga terbesar selepas China dan Jerman, dengan menyumbang 17 peratus kepada pengeluaran global, tercapai menjelang 2020.

Dr Subramaniam berkata demikian selepas menutup Seminar Kebangsaan Teknologi Solar 2012 anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM), agensi Kementerian Sumber Manusia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Bukit Kemuning, di sini.

Beliau berkata pembangunan industri solar dalam negara ini merupakan satu sektor ekonomi yang mendapat sokongan daripada kementeriannya dan agensi kerajaan yang mempunyai pusat latihan dan pendidikan.

Oleh itu, beliau berharap para pelatih akan dapat memberi tumpuan kepada peluang pekerjaan yang baik daripada bidang itu pada masa akan datang.

Dr Subramaniam berkata kini terdapat syarikat asing yang melabur di Malaysia dalam bidang solar seperti AUO Sunpower Sdn Bhd di Melaka.

JTM menawarkan kursus berkaitan tenaga yang boleh diperbaharui terutamanya dalam bidang solar menerusi modul pengajian dalam bidang elektrik dan elektronik di institusi latihannya.

Antara institusi JTM yang menawarkan kursus tenaga yang boleh diperbaharui termasuk solar ialah ADTEC Shah Alam, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra, Mersing dan Sandakan, manakala pada masa akan datang kursus itu akan ditawarkan oleh ADTEC Kemaman dan Bintulu.

Lebih 300 peserta menyertai seminar itu dengan empat kertas kerja dibentangkan masing-masing daripada wakil Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Sustainable Energy Development Authority (SEDA), Universiti Teknologi Mara dan AUO Sunpower. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan