DAP Takut Umat Islam Bersatu

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebiadapan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham terhadap usaha memprotes filem Innocence of Muslims oleh umat Islam negara ini jelas menggambarkan 'hati perut' sebenar DAP terhadap Islam.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia pada Khamis, aktivis PAS, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berkata, bukan itu sahaja, DAP juga sebenarnya amat bimbang dan takut umat Islam bersatu, apatah lagi jika ia melibatkan Umno dan PAS.

Selain itu, beliau kini masih menjadi ahli PAS Cawangan Bagan Ajam, Butterworth berkata, Koo Ham tidak perlu minta maaf kerana kebiadapan tersebut sememangnya disenjagakan.

"Saya minta lebih ramai lagi pemimpin DAP dengan segera menyokong kebiadapan Koo Ham agar rakyat boleh mengenali parti itu. Biar rakyat yang menghukum DAP dalam pilihan raya akan datang.

"Meminta orang seperi Koo Ham dan pemimpin DAP meminta maaf adalah menghina dan memperlekehkan diri kita sendiri. Saya sendiri atas dasar Islam dan kasihkan Allah dan Rasulullah mengecam keceluparan Koo Ham," katanya kepada akhbar berkenaan.

Beliau mengulas persoalan yang ditimbulkan Koo Ham dakan Twitter pada Isnin yang didakwa satu provokasi terhadap umat Islam sebagai reaksinya kepada Ketua Pegerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Dewan Pemuda PAS mengadakan protes terhadap filem anti-Islam itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan