Aspirasi Mahasiswa Sapu Bersih Kemenangan P/Raya Kampus Di 5 Universiti

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pilihan raya kampus yang berlangsung pada Khamis di lima buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kemenangan -- menewaskan Pro M.

Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

mStar Online diberitahu, pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kampus ini telah pun dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh Jawatankuasa Pemilih Perwakilan Pelajar.

Aspirasi Mahasiswa yang pro-establishment telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).

Sementara di UTHM, mStar Online dimaklumkan Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.

Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan.

UiTM mencatat sejarah sebagai satu-satunya universiti awam di negara ini yang belum pernah menyaksikan kumpulan pro pembangkang mencapai kemenangan.

Proses pilihan raya kampus di lima universiti ini yang berlangsung sejak awal pagi ditutup pada jam 4 petang.

Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan (25 Sept).

Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan