Ukraine Teruja Lihat Perkembangan Islam Di Malaysia - Jamil Khir

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersalaman dengan Syeikh Akhmed Tamim ketika menerima kunjungan Mufti Ukraine itu di pejabatnya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). -fotoBERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersalaman dengan Syeikh Akhmed Tamim ketika menerima kunjungan Mufti Ukraine itu di pejabatnya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Delegasi Ukraine yang diketuai Muftinya Syeikh Akhmed Tamim mengakui teruja melihat perkembangan Islam di negara ini dan berharap dapat menimba pengalaman Malaysia bagi menguruskan hal ehwal Islam di negara mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara tersebut diluahkan Syeikh Akhmed pada pertemuan mereka.

"Ukraine melihat Malaysia berpotensi membantu mereka mentadbir bidang keagamaan di negara itu berdasarkan pentadbiran yang kita lakukan di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Mufti Ukraine berkenaan, di sini, Rabu.

Jamil Khir berkata delegasi Ukraine juga kagum dengan keupayaan Lembaga Tabung Haji menguruskan jemaah haji Malaysia, sedangkan mereka sukar untuk memenuhi kuota 4,000 yang diperuntukkan kepada negara itu pada setiap musim.

Mereka juga mengakui Tabung Haji agensi pengurusan jemaah haji yang terbaik di dunia, katanya.

Beliau berkata Ukraine hanya mempunyai kira-kira lima hingga enam peratus penduduk beragama Islam.

Mengulas perkembangan lain, Jamil Khir berkata pihaknya masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan jemaah haji dari Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan