Selangor Anggap Putrajaya Tiada Bantahan Pengambilalihan Syabas

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menganggap kerajaan Persekutuan tidak mempunyai bantahan terhadap pengambilalihan syarikat konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), berdasarkan surat baru-baru ini antara kedua-dua kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau telah menghantar surat pada 14 September kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin menggariskan hasrat kerajaan negeri meneruskan penstrukturan semula industri perkhidmatan air.

Surat itu ditulis sebagai jawapan kepada surat-menyurat terdahulu daripada Chin pada 28 Ogos.

Satu salinan surat telah disediakan kepada pemberita, dengan Khalid menyambut baik galakan oleh Chin terhadap kerajaan negeri untuk meneruskan rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi.

"Jika menteri dan kementerian tidak memberi tindak balas negatif terhadap surat-menyurat kami dalam tempoh 14 hari, saya menganggap kementerian tidak mempunyai bantahan terhadap saya meneruskan penstrukturan semula," kata Khalid kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor pada Rabu.

Beliau menambah beliau akan mengumumkan tawaran baru kerajaan negeri untuk memperoleh aset air di negeri ini daripada empat syarikat konsesi air pada akhir bulan.

Khalid berkata dalam surat itu, beliau juga menyuarakan kekecewaan kerajaan negeri Selangor dengan sikap kerajaan Persekutuan yang selama ini "tidak pernah menyokong atau membantu" dalam memulakan rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi walaupun ia jelas dinyatakan di bawah WSIA.

Empat syarikat konsesi yang terlibat adalah Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash), Konsortium Abbas, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga.

Pada tahun 2009, kerajaan negeri pertama kali membuat tawaran RM5.7 bilion, tetapi ia telah ditolak oleh semua pemain. Satu tawaran berikutnya RM9.2 bilion telah dibuat tahun lepas tetapi ia telah ditolak oleh Puncak Niaga dan Syabas.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan