Majikan Mahu Graduan Boleh Berkomunikasi Dengan Baik Dalam B.Inggeris

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majikan mahu graduan yang boleh bertutur, membaca dan menulis dengan baik dalam B. Inggeris, bukan hanya mereka yang lulus subjek peperiksaan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan pada Rabu berkata, 28 peratus pelajar mendapat kredit untuk B. Inggeris pada 2010 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hanya 30-40 peratus yang mendapat pekerjaan, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 .

"Kredit dalam B. Inggeris SPM tidak bermakna anda boleh berkomunikasi dengan baik. Malah jika bilangan pelajar yang lulus dengan kredit meningkat 90 peratus, ia masih tidak dapat mengisi jurang dalam tenaga kerja jika hanya 30-40 peratus siswazah boleh berkomunikasi dengan baik," katanya pada Forum Awam The Star di Menara Star.

Beliau berkata keadaan itu diburukkan lagi oleh keengganan kebanyakan majikan menawarkan latihan B. Inggeris dan komunikasi kepada pekerja dan bakal pekerja.

Shamsuddin berkata kebanyakan syarikat lebih suka menggunakan levi cukai 1 peratus untuk latihan kakitangan dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

Beliau juga menekankan perbezaan pandangan majikan terhadap kepentingan bahasa Inggeris berbanding menggaji graduan baru.

"Dalam kajian yang dijalankan oleh JobStreet, 56 peratus daripada majikan melihat masalah bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mengambil pekerja, manakala hanya 23 peratus daripada graduan baru sedar akan kepentingan ini.

"Ia adalah satu jurang yang besar. Hanya separuh daripada bilangan graduan baru percaya B. Inggeris penting dalam mendapatkan pekerjaan,"katanya.

Pengarah Perkhidmatan B. Inggeris British Council Sam Ayton berkata kekurangan pendidikan Inggeris berpotensi mewujudkan jurang serius dalam pasaran kerja global bagi negara maju dan membangun.

"Tetapi trend global menunjukkan bahawa sistem pendidikan di seluruh dunia kini menekankan B. Inggeris dan, sebagai akibatnya, kanak-kanak mahir pada usia lebih awal, akhirnya kecekapan bahasa Inggeris akan menjadi perkara biasa di seluruh dunia," katanya.

Satu lagi penceramah pada forum itu, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Malaysia Johan Mahmood Merican berkata adalah penting untuk menukar sikap rakyat Malaysia terhadap B.Inggeris.

"Kita perlu mengubah pandangan belia terhadap B.Inggeris. Bahasa mestilah dilihat sebagai satu cara kemajuan dalam kehidupan, untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik atau untuk mengakses pelbagai ilmu," katanya.

Beliau menambah B. Inggeris perlu digalakkan bukan sahaja dari segi pembelajaran, tetapi juga untuk komunikasi.

"Adakah kita benar-benar melatih anak-anak kita untuk berkomunikasi?" tanya beliau.

"Kita memerlukan guru-guru untuk benar-benar melibatkan anak-anak kita dan memberikan mereka kemahiran yang perlu dalam dunia pekerjaan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan