Hasan Desak Ngeh Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali mendesak Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang mempersoalkan hasrat umat Islam untuk mengadakan protes terhadap filem Innocence of Muslims, Jumaat ini.

Beliau berkata, kenyataan sinis itu seolah-olah mencabar maruah dan kesabaran masyarakat Islam di negara ini.

"Ngeh yang dianggap senior dan sudah begitu lama bergiat dalam politik seharusnya dapat membaca reaksi masyarakat Islam.

"Saya bimbang kenyataan seperti itu boleh menimbulkan kemarahan dan tindakan diluar jangkaan yang mungkin dilakukan masyarakat Islam yang berasa begitu terhina," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Ngeh di laman Twitter miliknya pada Isnin yang berbunyi"'Khairy wants Muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are Muslims wasting too much time and energy on this? (Khairy nak orang Islam bantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politiknya?Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?).

Hasan turut meminta pemimpin PAS tampil menyatakan pendirian mereka mengenai isu tersebut, sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh melegakan ahli dan penyokong parti.

"Tetapi saya tidak terperanjat kalau mereka menyepi diri membisu tanpa bahasa seperti yang biasa berlaku sebelum ini," kata Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagaimanapun, sebuah akhbar pada Rabu melaporkan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan turut mengecam kenyataan sinis Ngeh.

Nasrudin dipetik sebagai berkata tiada isu buang masa atau tenaga sebagaimana dikatakan pemimpin DAP itu kerana bantah filem adalah kewajipan setiap umat Islam.

"Kita tentang kerana ini isu agama, bukan politik. Filem ini menghina Rasulullah dan mengguris hati umat Islam seluruh dunia," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan