Majlis Agama Islam Kelantan Keluar Biasiswa Untuk Lanjutkan Pelajaran Di Tiga Universiti Ternama Britain

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Majlis Agama Islam Negeri telah memperkenalkan biasiswa khas untuk membolehkan pelajar dari Kelantan dihantar melanjutkan pelajaran di tiga buah universiti terbaik di United Kingdom sebagai salah satu langkah dan usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri itu.

Ketiga-tiga universiti itu ialah Universiti London College, Universiti Oxford dan Universiti Cambridge.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra bertitah, setakat ini, 10 orang pelajar telah terpilih untuk menyambung pengajian mereka di ketiga-tiga buah universiti berprestij ini atas perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan juga Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra.

Titah Tengku Dr Muhammad Faiz, keputusan untuk mewujudkan biasiswa khas bagi membiayai pengajian tersebut diputuskan selepas Majlis Agama Islam Kelantan melantik beberapa buah universiti awam tempatan menjalankan kajian ke atas kadar kemiskinan di Kelantan dalam usahanya untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negeri itu.

“Selain daripada itu, pihak majlis juga akan menghantar pelajar-pelajar miskin bagi menjalani latihan vokasional, kemahiran hidup dan lain-lain skil tentang asas keperluan hidup,” titah Tengku Dr Muhammad Faiz Petra yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan dalam satu majlis makan bersama para wartawan di sini.

Tengku Dr Muhammad Faiz Petra turut mengumumkan bahawa majlis itu akan merayakan ulang tahunnya yang ke-100 pada 24 Disember akan datang.

Sehubungan dengan itu, satu ekspo akan berlangsung selama sebulan mulai 1 November bertempat di Istana Negeri Kubang Kerian, sempena perayaan tersebut.

Majlis Agama Islam Kelantan adalah majlis agama yang tertua di negara ini.

Sejak mengambil alih jawatan pengerusi majlis, Tengku Dr Muhammad Faiz telah melaksanakan lima aktiviti teras iaitu dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan, pekerjaan dan juga latihan kemahiran untuk rakyat yang tidak berkemampuan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan