Langat 2: Selangor Sedia Cabar Kerajaan Pusat

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Kerajaan Pusat bertegas meneruskan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata hanya peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara boleh digunakan sebagai langkah akhir bagi menghalang Kerajaan Persekutuan meneruskan projek tersebut termasuk untuk tidak memberikan Perintah Pembangunan (DO).

"Kerajaan negeri memang tidak akan berikan DO bagi projek ini. Kita harap Kerajaan Persekutuan bertindak mengikut Perlembagaan kerana isu tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Kita akan ambil tindakan mahkamah sekiranya mereka (Kerajaan Persekutuan) meneruskan tanpa kebenaran...hanya undang-undang boleh menghalang kalau terus berdegil," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengulangan pendirian tegas Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek Langat 2 walaupun ditentang hebat kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata keputusan untuk tidak berganjak daripada meneruskan projek itu bukan sekadar tekad tetapi azam Kerajaan Pusat demi kebaikan rakyat di Selangor dan Lembah Klang.

Sebelum ini Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan, projek Langat 2 masih boleh dilaksanakan meskipun Kerajaan Selangor berkeras tidak membenarkan pembinaannya dan enggan memberikan kelulusan DO.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan