Jawatankuasa Khas Siasat Kes PTD Mati Lemas

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kes seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Aldy Hasni Abu Hassan yang mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force 136, Pekan, Pahang, pada Ahad lepas.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata semua hasil siasatan berhubung kejadian itu, termasuk yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis, akan diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan yang diketuai oleh seorang pegawai kanan.

"Setelah kita siasat kes tersebut, kita ingin melihat releven kursus kadet PTD dan seumpamanya pada masa akan datang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat keluarga Allahyarham Aldy Hasni, 35, di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di sini, Selasa.

Beliau berkata kursus tersebut boleh diteruskan dan pihaknya akan mengkaji semula modul latihan kadet PTD serta melihat kebolehan seseorang individu untuk menjalankan latihan tersebut.

"Mereka sendiri boleh pilih sama ada ingin membuat latihan berat ataupun tidak. Mereka akan melakukan latihan mengikut kemampuan diri sendiri," katanya.

Ali berkata beliau bertemu lebih 200 pegawai PTD baru-baru ini dan mereka bersetuju latihan tersebut perlu diteruskan namun perlu mengetatkan kawalan keselamatan di tempat latihan.

Terdahulu, Ali meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan isteri Allahyarham, Farah Fudhlana Zainuddin, 34.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Farida Mohd Ali.

Kejadian kira-kira 2.30 petang Ahad itu berlaku apabila mangsa jatuh ke dalam air semasa menjalani latihan bersama 243 pegawai lain ketika menyeberangi tali air berdekatan Sungai Miang di Pekan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki kembar iaitu Al Malik Fahreen dan Al Mikhail Fareq yang berusia setahun.

Isteri Allahyarham dan dua anaknya turut menerima pencen terbitan serta bantuan tanggungan, gantian cuti rehat, ganjaran dan perubatan.

Keluarga dan isteri Allahyarham bagaimanapun enggan ditemu bual pemberita kerana masih bersedih dengan kejadian yang menimpa Allahyarham. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan