Jangan Bangkit Emosi Kenegerian Untuk Raih Kuasa - Shafie

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pembangkang supaya tidak membangkitkan emosi kenegerian dalam kalangan rakyat dalam usaha meraih kuasa.

Beliau berkata tindakan itu berbahaya dan boleh mengakibatkan perbalahan yang mengundang kepada perpecahan seperti yang berlaku di beberapa negara luar.

"Saya tahu pembangkang mengidamkan kuasa tapi dalam mengidamkan kuasa, mereka mainkan perasaan kenegerian manusia. Ia adalah berbahaya.

"Kita sudah bina negara 55 tahun dalam keadaan kemajuan yang kita yakin semua rakyat Malaysia telah bersatu padu.

"Jangan hanya kerana kerakusan hendak merebut kuasa, kita mempermainkan emosi manusia yang boleh mengakibatkan perbalahan yang takkan ada batasan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara Felcra dan Risda di sini, Selasa.

Justeru, Mohd Shafie berkata tidak perlu kad pengenalan khas dikeluarkan kepada rakyat Sabah untuk membezakan warga negeri itu dengan penduduk lain di Malaysia seperti dicadangkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee.

"Kenapa kita perlu IC (kad pengenalan) berasingan untuk Sabah. Kita sudahpun menjadi sebuah negara," katanya.

Beliau berkata perkara seperti itu tidak patut dibangkitkan memandangkan penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung dipersetujui sejak dahulu lagi.

Dalam pada itu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meminta rakyat supaya melihat semua perkara atau isu pembangunan yang sering dibangkitkan dalam konteks positif.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan agihan pembangunan serta peruntukan yang adil kepada Sabah, Sarawak dan Semenanjung bagi memastikan rakyat di seluruh negara menikmati hasil yang sama rata.

Sementara itu, Mohd Shafie menegaskan langkah beberapa pemimpin Umno Sabah berhijrah ke parti pembangkang tidak menjejaskan keupayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya akan datang.

"Saya yakin ini tidak akan menjejaskan kerana rakyat di Sabah dah melalui politik yang begitu mencabar sebelum ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan