Jadikan Usaha Tingkatkan Bilangan Rakyat Miliki PhD Agenda Utama - YDPA

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Selasa menyuarakan hasrat baginda yang ingin melihat lebih ramai rakyat negara ini berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) sambil menyeru parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) menjadikannya sebagai agenda utama.

"Berbanding sibuk berpolitik, lebih bermanfaat kepada negara jika parti politik dan NGO menjadikan ini sebagai agenda utama mereka.

"Kesedaran perlu diberikan di peringkat kanak-kanak betapa pendidikan boleh mengubah mundur miskin hina seseorang dan betapa penting menguasai bahasa Inggeris dan celik Sains serta Matematik," titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-25 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, pada Selasa.

Untuk menjayakan hasrat melahirkan lebih ramai graduan PhD, Tuanku Abdul Halim bertitah semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan dan parti politik supaya memainkan peranan itu.

Baginda bertitah kebanyakan individu yang mempunyai kelulusan PhD kini berada di Instusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Instusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

"Data Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan bilangan staf yang mempunyai PhD di IPTA dan IPTS kini sekitar 7,800 orang, manakala yang memiliki sarjana pula sekitar 20,000 orang," titah baginda.

Terdahulu, baginda berkenan menyampaikan Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Pingat Emas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Anugerah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) kepada graduan yang cemerlang. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan